Kesalahan Ketika MENGURANGKAN BERAT BADAN


11 August 2014

Kesalahan Ketika MENGURANGKAN BERAT BADAN

Sudah berbulan-bulan anda cuba menurunkan berat badan tetapi masih tidak berjaya. Pemakanan sudah dikawal, bersenam setiap hari tetapi perut masih berlemak.

Apa silapnya?

1. Makanan
Kebanyakan daripada anda yang sedang berdiet pandai memilih makanan namun begitu cara hidangannya yang selalunya salah. Pilihan anda untuk makan salad itu sememangnya bagus. Tetapi janganlah terlalu banyak campuran thousand island atau minyak zaitun. Cara masakan juga penting. Sememangnya bagus untuk mengambil lebih protein tetapi sekiranya anda memilih ikan yang digoreng daripada ikan yang dipanggang, diet anda akan menjadi kurang berkesan.

2. Senaman
Pada awalnya, anda akan bersungguh-sungguh bersenam sehingga satu jam tetapi ini hanya bertahan selama seminggu. Jangan biarkan ini berlaku. Senaman yang konsisten membantu anda mengurangkan berat badan. Mulakan dengan berjalan selama 20 minit dan lakukannya sebanyak 3 kali seminggu. Setelah metabolisme badan sudah dapat menerima senaman mingguan anda, tambahkanlah masa senaman kepada 30 minit. Jangan terlalu ekstrem. Sekiranya badan anda terkejut, anda akan merasa cepat letih dan kurang motivasi untuk teruskan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan.

3. Minum Air yang Berkalori
Ramai yang berpendapat sekiranya kurangkan makan dan minum minuman coklat akan membuatkan anda merasa kenyang dan kurang makan. Anda salah. Satu kajian di Amerika menunjukkan 21 peratus rakyat Amerika naik berat badan kerana air yang diminum. Sekiranya anda minum, ia hanya akan melegakan rasa dahaga dan sekiranya anda merasa dahaga kembali, perasaan lapar itu akan timbul juga.


NAK CARA MUDAH? JOM CUBA SPRO SLIMMING DAN EVE FIBER.. ANDA PASTI BERPUAS HATI!!..




Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© !! NURSIBLINGSHOP !! SPRO + EVE FIBER!! | Template Designed By Blog Bingkisan Hati